Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman Wang Berlesen vs Bank yang orang Kuching wajib tahu!..



Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman Wang Berlesen

Kepada warga kuching dan warga yang berdekatan dengan Bnadaraya Kuching.Anda semua wajib tahu Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman Wang Berlesen vs Bank.
Ada masa dan ketika, kita akan menghadapi situasi di mana kita memerlukan wang ketika kecemasan.
Semua orang akan menghadapinya dari semasa ke semasa.
Dalam situasi ini, anda mungkin terfikir untuk menggunakan perkhidmatan pemberi pinjaman wang atau bank untuk keluar dari kemelut kewangan yang sedang anda hadapi.


Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertekan, anda mungkin dikaburi dengan tawaran-tawaran perkhidmatan pinjaman wang yang sukar untuk dilepaskan, yang mana adalah sebenarnya jerat pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau Ah Long.
Kegagalan anda untuk membezakan di antara Ah Long, syarikat pinjaman wang berlesen, dan bank boleh memburukkan lagi keadaan. Berikut adalah perbezaan-perbezaan yang perlu anda ketahui, sebagai panduan untuk anda membuat pilihan yang tepat:

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, diwartakan sebagai undang-undang Malaysia, mentakrifkan lingkungan kegiatan operasi syarikat-syarikat pinjaman wang berlesen, untuk membezakannya daripada Ah Long.
Akta tersebut menggariskan kegiatan-kegiatan atau tindakan-tindakan yang dianggap sebagai menyalahi undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Sebaik sahaja anda memahami apakah yang terkandung di dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, anda akan dapat mengenalpasti dengan lebih mudah sama ada perkhidmatan yang sedang anda pertimbangkan adalah sah atau tidak dari segi undang-undang.
Menurut Akta ini, di bawah Seksyen 5(2), syarikat pemberi pinjaman wang, pertama sekali, mestilah mempunyai lesen untuk beroperasi.
Dan di bawah Seksyen 5F Akta ini, lesen tersebut juga mesti dipamerkan di pejabat operasi syarikat pemberi pinjaman wang berlesen.
Anda perlu tahu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengeluarkan lesen kepada syarikat-syarikat pemberi pinjaman wang di Malaysia. Lesen tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 juga memperuntukkan kadar faedah yang boleh dikenakan ke atas peminjam.

Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman Wang Berlesen vs Bank
Senarai bank di Malaysia


Sesetengah Ah Long dikatakan mengenakan caj gaji mereka pada kadar harian dan jam, yang mana adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Di bawah Seksyen 17(1) yang terkandung di dalam Akta ini, kompaun faedah atau peningkatan faedah secara berkala apabila anda gagal membayar pinjaman adalah tidak dibenarkan.
Syarikat pinjaman wang berlesen hanya boleh mengenakan kadar faedah maksimum 12% setahun untuk pinjaman bercagar dan 18% setahun untuk pinjaman tanpa cagaran.
Setelah anda tahu sedikit sebanyak tentang undang-undang yang melindungi anda  dari Ah Long, mari kita lihat pula apakah perbezaan dan persamaan di antara syarikat pinjaman wang (berlesen) dan bank.

Syarikat Pinjaman Wang Berlesen & Bank – Persamaan

Terdapat dua cara pinjaman wang dengan Syarikat Pinjaman Wang Berlesen bersamaan dengan pinjaman wang dengan bank:
· Bank dan syarikat pinjaman wang berlesen mengenakan faedah untuk pinjaman peribadi;
· Bank dan syarikat pinjaman wang berlesen kedua-duanya mengenakan caj penalti ke atas pembayaran lewat atau kegagalan membayar balik pinjaman.

Syarikat Pinjaman Wang Berlesen & Bank – Perbezaan

 Perbezaan-perbezaan utama adalah:
· Saiz pinjaman yang boleh anda perolehi
· Seberapa cepat anda boleh mendapat kelulusan untuk permohonan pinjaman anda

· Kadar faedah pinjaman
· Kadar kelulusan pinjaman untuk peminjam yang mempunyai rekod kredit yang kurang memuaskan

Saiz Pinjaman

Bank boleh menawarkan pinjaman dalam jumlah yang jauh lebih besar berbanding syarikat pinjaman wang berlesen.
Bank biasanya boleh menawarkan pinjaman sehingga RM150,000 manakala had maksimum syarikat pinjaman wang berlesen selalunya RMxxxxxx.
Ini adalah kerana bank mempunyai akses kepada wang tunai dan perkhidmatan lain seperti akaun simpanan, deposit, pelaburan, dan wang lain.
Walaupun sesetengah syarikat pinjaman wang berlesen dapat mengeluarkan pinjaman yang bersaiz besar, syarikat pinjaman wang berlesen tidak mempunyai modal operasi yang besar dan tidak dapat memberikan pinjaman lebih daripada beberapa ribu.
Pendek kata, jika anda perlu meminjam wang yang banyak untuk pembelian kereta atau rumah baru, anda harus meminjam dari bank. Jika anda perlu meminjam wang untuk keperluan ketika kecemasan, anda harus meminjam dari syarikat pinjaman wang berlesen.

Kecepatan Pemprosesan Permohonan Pinjaman

Memandangkan bank membuat penelitian yang teliti ketika memproses permohonan pinjaman, ia bukanlah pilihan yang terbaik jika anda ingin mendapatkan wang pinjaman hari ini atau esok.
Meskipun terdapat beberapa bank yang meluluskan dan melepaskan wang pinjaman lebih cepat berbanding yang lain, rata-rata bank akan mengambil masa kira-kira 5 hari bekerja sebelum wang pinjaman dikreditkan ke akaun anda.


Sebaliknya, syarikat pinjaman wang berlesen boleh menyediakan wang pinjaman untuk anda dalam masa yang lebih singkat kerana mereka tidak perlu mendapatkannya dari sumber-sumber operasi lain.

Peratusan Kadar Faedah

Walaupun kebanyakan syarikat pinjaman wang berlesen tidak akan menyatakan kadar faedah yang mereka kenakan ke atas pinjaman melalui telefon atau e-mel, anda boleh mengagak kadar faedah pinjaman akan berada di dalam lingkungan yang ditetapkan.
Sekiranya mereka mengenakan kadar faedah yang lebih dari itu, anda boleh merasa pasti bahawa syarikat tersebut adalah sebenarnya Ah Long.
Walaupun bank mungkin mempunyai kadar faedah yang sedikit lebih tinggi, anda juga boleh meminjam dalam jangka waktu yang lama.
Bank menawarkan tempoh pinjaman yang lebih lama – kadangkala sehingga 10 tahun atau lebih.

Fleksibiliti Terhadap Rekod Kredit Yang Kurang Memuaskan

Jika anda ingin meminjam wang tetapi mempunyai rekod kredit yang kurang memuaskan, anda tidak meminjam dari bank.
Bank akan meneliti keseluruhan rekod kredit anda, dari segi rekod pembayaran pinjaman, gaji, dan status kewangan di masa lalu.
Jika anda tidak memenuhi syarat minimum untuk pinjaman, kemungkinan permohonan anda tidak akan diluluskan.
Ketika inilah syarikat pinjaman wang berlesen adalah pilihan yang tepat.
Ini adalah kerana syarikat pinjaman wang berlesen tidak mengeluarkan jumlah pinjaman wang yang besar, oleh itu, mereka tidak perlu memeriksa rekod kredit anda dengan teliti.
Walaupun mereka meminta maklumat kewangan, kadar kelulusan permohonan pinjaman jauh lebih fleksibel berbanding dengan bank.

Kesimpulannya

Jadi mari kita simpulkan semuanya: Ah Long 100% tidak sah dari segi undang-undang, dan melakukan bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh mana-mana syarikat pinjaman wang berlesen yang mematuhi undang-undang.
Ah Long akan mengenakan kadar faedah pada kadar yang tidak masuk akal, mengeluarkan iklan yang mencurigakan, mempamerkan lesen palsu, tidak mempunyai pejabat operasi yang sah, dan mungkin akan menggunakan kekerasan ke atas diri anda.
Syarikat pinjaman wang berlesen dan bank kedua-duanya mengendalikan peminjaman wang sebagai transaksi perniagaan.


Walaupun kedua-dua perkhidmatan ini, mengenakan kadar faedah ke atas pinjaman, masa yang diambil untuk memproses permohonan pinjaman, jumlah wang yang dipinjamkan, dan kadar kelulusan permohonan pinjaman berbeza di antara kedua-duanya.
Dengan panduan ini, anda sekarang boleh membuat keputusan yang tepat sama ada untuk menggunakan perkhidmatan syarikat pinjaman wang berlesen atau bank, di samping mengenalpasti dan menjauhi Ah Long.



Searches related to Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman Wang Berlesen vs Bank yang orang Kuching wajib tahu!..

  • pengalaman pinjaman wang berlesen
  • senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar
  • pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai
  • pinjam ah long segera
  • pinjaman wang berlesen melayu
  • hukum bekerja di syarikat pinjaman wang berlesen
  • cara selesaikan hutang pinjaman berlesen
  • pinjaman wang berlesen melayu 2017